Percutian Ke Kuala Lumpur
Pada cuti sekolah yang lalu , saya , ibu saya dan kakak saudara saya telah pergi makan angin di salah satu tempat yang diminati orang ramai iaitu Kuala Lumpur , Malaysia . Kami sekeluarga pergi ke sana dengan menaiki pengangkutan awam iaitu bas dimana tiket dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur berharga sebanyak RM63 . Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang enam hingga lima jam . Bas berhenti di kawasan rehat dan rawat untuk memberikan peluang kepada kami untuk mengisi perut setelah hamper beberapa jam duduk di dalam bas . Sampai sahaja di Terminal Bas Selatan , ibu menelefon bapa saudara saya untuk mengambil kami dan membawa kami ke hotel yang telah kami tempah . Jam menunjukkan 11:30 malam , kami baru sahaja masuk ke dalam hotel dan menyusun barang-barangan yang kami bawa . Hotel yang kami tempah itu memakan kos sebanyak RM145 semalam . Harganya sangat berpatutan kerana hotel kami amatlah selesa dan cantik . Pada keesokan harinya , kami memul...